Monday, February 13, 2012

Sungai Lopo

Sungai Lopo
Mungkin juga dikenali sebagai Sungai Lepoh atau Sungai Lopoh
Hulu Langat, Selangor

Peta dari Google Map di sini.

Kalau masih tak tahu, senang je nak ke sana. Pandu terus menghala ke arah Sungai Congkak dan Pangsun. Betul-betul di Pangsun dan berdekatan dengan Gunung Nuang, ada simpang ke kiri. Simpang itu akan membawa anda ke Sungai Lopo.


Ini ialah pertama kali saya ke Sungai Lopo kerana tidak pernah perasan akan kewujudannya. Kawasanyanya tidak seluas Sungai Congkak tetapi tidak ramai pengunjung. Mungkin pengunjung lain juga tidak perasan akan kewujudannya. Kawasan Sungai Lopo juga tersusun dan mempunyai sungai yang lebar.

Terdapat beberapa chalet di Sungai Lopo. Yang berdinding batu dan bertutup berharga RM50. Yang seperti pondok di dusun buah & usang berharga RM20. Jika ditanya saya suka yang mana? Saya akan jawab yang terbuka & usang itu kerana terasa lapang, lantai kayu tak bersalah nak dibasahkan dan permandangan sungai. Jika hendak barbeque juga senang. Yang mahal itu kelihatan seperti motel murah, kecil, tertutup dan terdapat satu tilam terpakai.

Kawasan Sungai Lopo terdapat kawasan perkhemahan untuk aktiviti berkumpulan sekolah. Jika anda tidak bernasib baik, anda akan berkongsi Sungai Lopo bersama sekumpulan kanak-kanak sekolah.

Sungainya terpelihara dan bertingkat. Yang berdekatan bilik mahal itu bertingkat kerana buatan penjaga-penjaganya. Airnya jernih tetapi agak berkeladak jika bermain air. Kawasannya juga agak panas kerana kurang pokok.

Kami lebih suka bahagian sungai yang berdekatan pondok usang. Walaupun agak sempit tetapi air tidak berkeladak dan lebih jernih. Terdapat pancuran air di batu besar dan jika anda duduk dibawah pancuran itu perasaannya seperti bermain hujan.

Jika anda berkeputusan untuk tidak menyewa mana-mana chalet atau pondok, anda hanya perlu membayar parking sebanyak RM5.

Di Sungai Lopo sangat sesuai untuk berkelah atau barbeque kerana terdapat kawasan lapang di benteng sungai. Jika anda malas, beli saja makanan di gerai berdekatan. Hanya terdapat satu gerai sahaja di sana cukup untuk pengunjung-pengunjungnya.

Ok lah. Itu saja yang hendak saya kongsikan pada hari ini.

Anda pasti tidak menyesal ke Sungai Lopo.

 
 

x
by M

No comments:

Post a Comment